Wednesday, December 2, 2009

Ibu HAdif's Giveaway- Anugerah Terindah



Tahniah yang Mr and Mrs K for ur second anniversary
Baik hati sungguh Sebab buat contest untuk kami semua

Ini berkaitan dgn baby lagi ye... Sila ke sini untuk mengteahui dgn lebih detail..

Sungguh..saya tersentuh bila kena buat entri ni..dan selebihnya saya mula merasa rindu untuk melalui detik2 pertama melihat wajah baby saya .. sedih gembira, semua bercampur baur.. dan saya sangat rinduuuu saat itu.. ni kes kena ada baby baru lagik ke???hikhik

Meh tengok syarat² nye...
1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.

2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.

3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.

4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.

5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.

6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh...

7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.

8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)

9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.

10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.

Ini gambar nya:...





Gambar selepas beberapa jam dilahirkan

Nama: Syahmi
Umur: 5 bulan

Pertama kali melihat anak..saya rasa sangatlah terharu..saya tak sangka dansukar untuk percaya yang saya telah berjaya melahirkan seorang anak lelaki seberat 3.4 kg diHospital Sultanah Zahirah, KT seorang diri.. tanpa saudara mara menemani..tanpa ibu bapa yang menenangkan diri..Sungguhpun Syahmi dilahirkan lewat 10 hari daripada tarikh jangkaan .. Alhamdulillah saya lega dan amat bersyukur melihat dirinya sihat, sempurna dan cergas.. Setengah jam aku berhmepas pulas meneran..akhirnya terbayar segala penat lelah mengandungkan dia ketika aku masih belajar, berpuasa sementara ketika aku 3 bulan pertama dek kerana alahan mengandung, setiap minggu ke klinik untuk check kencing manis ku kerana aku mempunyai keturunan kencing manis..sangat ngeri mengingatkan kembali detik tu.. TAPI alhamdulilah semuanya berbayar dgn kehadiran si comel..pengikat kasih umi dn abah ..


Syahmi, Umi tak mengharapkan segunung intan permata untuk Syahmi bayar segala penat jerih umi mebesarkan Syahmi.. Umi tak pinta Syahmi jadi terkenal dan hebat di mata dunia.. Apa yang Umi harap Syahmi jadi orang berguna.. yang tak lupa pada ibu bapa.. yang tak mengecewakan harapan semua .. jadilah insan yang baik akhlaknya dan luhur budinya serta Hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.. Umi dan abah akan cuba didik Syahmi sehingga Syahmi menjadi manusia yang berperibadikan Rasulullah s.a.w


Syahdu lak rasa.. Ibu Hadif..sedih laaa contest kali ni...sob sob

1 yang juga Bersungguh2:

MRS. K said...

haii... ibu hadif dah terjah entry ni..
gudluck!! peluk cium untuk syahmi ya!!