Thursday, December 3, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest


Tersenyum, betapa mudahnya hal ini dilakukan. Hanya sedikit lirikan diperlukan untuk senyuman diukir. Dan hanya tujuh saat sahaja diperlukan untuk mempertahankan senyuman sebagai ungkapan ketulusan hati.. Oleh itu marilah kita sama2 memulakan hari dengan senyuman....

Senyuman yang lahir dari seorang kanak2 atau bayi adalah sangatlah TULUS dan IKHLAS..sesuwai dgn jiwanya yang sangat SUCI..Senyuman yang dilemparkan terus menusuk ke kalbu membuai hati sesiapa yang melihatnya

Ini senyuman seIKHLAS hati yang dihadiahkan oleh anak saya kepada anda yang membaca...Semoga terhibur dgn senyumannya







Nama : Syahmi
Umur: 5 bulan ++
D.O.B: 22 Jun 2009

why you love to see your baby smiling?


Pujangga menyebut :
"SENYUMan itu kelopak.Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya."


Situasi 1 : Bangun pagi lewat, saya dan suami berebut bilik air untuk bersiap2 ke tempat kerja, kemudian saya akan terkejar2 menggosok baju saya dn suami untuk ke tempat kerja, kemudian menyediakan baju sluar neck tie dll untuk keperluan suami.. Packing baju Syahmi, pampers, kain lampin lap mulut,dan air masak dalam beg nurserinya.. Masak air panas untuk mandian Syahmi ( maklumlah x da heater), sediakan baju Syahmi lepas mandi, buat susu botol untuk Syahmi, gerak Syahmi kalau belum bangun,mandikan dia, pakaikan baju sambil urut2 dulu badan dia dan zappp masuk keta g tempat keje.. Bayangkan keadaan yg sangat kelam kabut ni..belum lagi kalau tetinggal Hand phone kt umah, tak bawak kunci dll.. Keadaan macam ni buat kita xda mood sgt nak masuk ofis.. rasa mcm bengong je separuh hari tu.. TAPI dengan kehadiran si kecil SYahmi.. mood yang tak baik di pagi hari tu automatik berubah dengan senyumannya.. apa lagi gelak tawanya..ALHMADULILLAH syahmi seorg yg murah dgn senyuman..Semua org yg dipandang pasti ditegurnya.. Buat umi & Abah rasa gembira dn bersyukur dikurniakan anak seperamah Syahmi

Situasi 2: Saya ada masa lagi 2 hari untuk menanda 100 kertas jawapan student untuk 3 subjek.. yang mana seorg student perlu menjawab 3 soalan.. belum lagi dikira masa untuk key in markah dan membuat statistik untuk 100 org pelajar.. aduhhh..masa betul2 mencumburui saya.. Alasan menjaga anak tidak boleh digunakan..Dalam saya terburu2 dn terhegeh nak hantar semua kerja di saat akhir.. beberapa kali saya dipanggil oleh org atasan kerana salah key in markah.. Rasa TENSEN yg amat.. nk menangis pun ada.. balik rumah lewat.. tetapi sebaik menatap wajah si kecil.. Segala tension penat jerih terus hilang secara automatik.. malah ada masa pulak nak main2 ngn dia sambil melayan karenahnya yg dah mula gatal gusi.. ALhamdullillah

Itu beberapa situasi yg berlaku pd saya dan mungkin anda juga

Senyuman itu satu anegrah yang sangat tidak ternilai..

Saya sangat sukakan senyuman si kecil kerana..
S
i kecil tidak pernah menipu dalam senyumannya.. dia ikhlas dalam senyumannya..bukan untuk membodek mahupun menjaga hati seseorang..ianya lahir secara semulajadi
E
mas pun tidak dapat menyamai betapa mahalnya senyuman Si kecil Syahmi..Tiada sesuatu pun yang dapat menghidupkan suasana ceria seperti senyumannyaaa
N
abi Muhammad juga gemar orang yang tersenyum.. Si Kecil Syahmi harus mencontohi Nabi kita ye sayang
Y
ang membuatkan hidup bertambah ceria dengan senyuman si kecil.. bertambah bahagia
U
bat kepada jiwa yang sedang berduka dan tidak ceria
M
enunjukkan Si kecil Syahmi sihat , selesa dan gembira dgn dunianya sekarang..

S
enyummu membuatkan Umi jua tersenyum..memuda remajakan lagi Umi.. Senyumkan terapi terbaik untuk awet muda...
Y
ang lagi menggembirakan Umi Syahmi bukan setakat Senyum sahaja..Gelak tawa SYahmi juga membuatkan hati umi lebih berbunga2
A
bah pun suka Syahmi tersenyum.. Satu family kita akan gelak dan waktu tu umi rasa bahagia sangattttttt ..Heaven!
H
ari2 Syahmi senyum buat umi rasa Syahmi menghargai segala didikan dan kasih sayang yang Umi dn Abah curahkan pada Syahmi..Walaupun kita tidak semewah org lain
M
embuatkan Umi terasa Syahmi sayang sangat kat Umi macam Umi sayang kat SYahmi
I
ndah hari2 yang Umi lalui dengan mu bila melihat dirimu membesar dgn sihat.. Umi lupa dah macam mana susahnya umi bersalinkan Syahmi dulu... Hebat Kuasa ALlah

Semoga hari2 mendatang member sinar yg memancar2 dalam hidup kita.. dgn di iringi berkat dari Ilahi




Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.

Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,
Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah


Senilagu: Farihin Abdul Fatah
Senikata: Zarie & Che Amran
Hakcipta senilagu & senikata: Raihan Cipta



Hrmm..Sebenarnya ini adalah contest yang dianjurkan oleh MomBloggersPlanet

Dan contest kali ni ditaja oleh:

PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com

Thanks 4 ur kindness and generosity

And Happy Contesting!!!

0 yang juga Bersungguh2: