Wednesday, January 20, 2010

'Contest Oh Kunci! by Arieza'.



Oh Kunci,
Hilangmu entah ke mana,
Ku mencari merata-rata,
Namun ku tidak ketemu jua,
Walau sudah berhari-hari lamanya.

Oh Kunci,
Hilangmu tanpa jejak,
Buat ku rasa mahu berteriak,
Terasa tanah tidak berpijak,
Hanya kerana dirimu ku terus jua bersajak.

Oh Kunci,
menonnggeng sudah tergolek sudah,
mencari mu serata tempat bukan mudah,
mungkin terselit di celah-celah,
habis serumah aku punggah.

Oh Kunci,
aku merayu pulanglah padaku,
Pulanglah cinta hatiku,
Tunjukkanlah sedikit kelibatmu,
Supaya aku boleh terus menyambarmu.

Oh Kunci,
Hari ni ku bangun dengan wajah kebingungan,
Setelah DUA hari baju tak bergantian,
Merajuk merana kerana dirimu berpergian,
Aku sedih hiba pilu aaaaaaa x keruan.

Oh Kunci,
Nekadku mahu membuat kunci baru,
memulakan hari tanpamu dengan azam yang baru,
menggantikanmu dengan sahabat yang baru,
dapatlah aku berkereta seperti selalu.

Oh Kunci,
Dua minggu aku menjadi tak keruan kehilanganmu,
Dua minggu jua aku menggunakan sahabat barumu,
Tiba-tiba dirimu muncul dalam beg tanganku,
Aku lupa memang aku letakkan dirimu di situ,
Kenapa kamu tidak menunjukkan dirimu sebelum itu,
Dek kerana sakit hati aku melemparmu,
Nyah kau dari pandanganku,
Aku sudah mengunci hatiku daripada menerimamu,
Setelah apa yang kau buat padaku,
hakikatnya semua salah ku tapi aku tak mahu mengaku,
Jadi Kejamkah Aku?
Dengan muka tidak bersalah aku Menjawab "Saya yakin betul..Saya Kunci Lirik Itu.."

Oh Kunci,
Maafkan aku...
huhu

Jom Join Contest Oh Kunci! by Arieza!



8. Tarikh tutup - 22 Januari 2010


p/s:
-utk pemenang bertuah badan tu nnt, aku akan bagi satu 'surprise present' kat dia selain drpd London Keychain kat atas ni.
-boleh jd T-shirt, shirt, tie, stocking, tampons, boxer, sikat rambut, paku, tukul, etc.. (dah kate surprise. so kalau nak surprise, sila la join & berkarya!)




1 yang juga Bersungguh2:

|arieza| said...

haha ok ini lawak! hehe :) thx for joining.. kesian 2hari ek tak tukar baju! busuk! :p