Monday, January 11, 2010

Contest : PETUA KECANTIKAN ^_~



Contest Petua Kecantikan dianjurkan oleh ARDiNI HUMAIRA..



KALI NI SAYA NAK FOKUSKAN SEGALA PETUA SAYA BERKAITAN DGN BERAS sahaja

kenapa BERAS????

kerana

Berkhasiat
Enak
Rutin harian hampir kesemua daripada kita
Amat ---
Senang didapati.. x perlu ke hutan belantara atau panjat gunugn utk dapatkannya







PERTAMA


~PETUA UTK MENGHALUSKAN & MENGHILANGKAN DAKI DI BDN~


Bahan-bahan : beberapa helai daun sirih, senggenggam beras

Beras di blend sehingga halus
sirih ditumbuk sehingga lumat
Campur keduanya dengan terurus
Supaya paduannya terasa selamat.

Ambil adunannya lumurlah ke badan
rata-ratakan ke seluruh anggota badan
Jangan lupa gosok perlahan-lahan
Yelah badan bukan kita ni nak guna sehari-harian

Petua ini sangatlah mudah
Bukan setakat badan je menyerlah
Daki tertanggal sangatlah mudah
Wangian badan jua menyerlah


Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.



atau

Bahan: Beras senggenggam, 1 inci kunyit hidup, asam jawa yang telah dicampur dengan air

Beras digoreng menjadi keperangan
Dikisar dan ditumbuk bersama kunyit
Asam jawa ditambah bersama adunan
Perapkan adunan selama sejam bukan seminit (ye..)

Selepas adunan siap
Gosok lah badan selama 5 minit
Tanggalah daki dan jua sel mati
BIlaslah badan selepas beberapa minit
Eloklah diamal seminggu sekali

Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.

Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

~~MEMBAIKI KULIT KUSAM DAN PUCAT~~

Bahan: Beras Pulut

Beras direndam sehingga lembut,
Tumbuklah ia sehingga lumat,
Lumurkan badan dgn lembut,
Sental perlahan untuk merasa nikmat.

Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. biarkan lumuran tadi separuh kering, sental kulit anda perlahan2. Selepas itu dibilas dengan air/mandi.

~~MENCERAH DAN MELEMBUTKAN WAJAH~~

melembutkan kulit muka bukannya susah
Air basuhan beras jangan dibuang
Basuhan kedua itulah yang berfaedah
Mana tahu ada yang gila bayang

Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut

atau

Bahan: 2 sudu makan air nasi yang hampir kering

Bukan botox bukan sihir
Guna je Nasi hampir kering yang agak pekat
Ambil dan Lumurlah ke wajah dan leher
Hasilnya memang dasyat...

Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas


Ok Selamat Beramal... Jangan malu2 arnab yee





4 yang juga Bersungguh2:

ardinihumaira said...

woww...


nice! tq for joining this contest ye. :)

ardinihumaira said...
This comment has been removed by a blog administrator.
enyheartsdiamond said...

soalan bonus:apakah nama saintifik padi???hehehe

btw, suka pantun2 tu :)

ardinihumaira said...

congrats! sila ke blog saya untuk maklumat lebih lanjut :)