Tuesday, April 20, 2010

Insaf Seketika..Masih Adakah Ruang dn Waktu Untuk Kita???

Aku insaf selepas membaca kisah benar ini...
Posted By PakarHowTo On April 13, 2010 (3:59 pm) In Kisah Benar

Dari tengahari tadi, saya dok menggodek-godek file di dalam komputer saya ini,
mencari kalau-kalau ada artikel bagus yang boleh dikongsikan di blog PakarHowTo ini.

Tiba-tiba, mata saya tertarik dengan satu file yang bertajuk "Kisah Di Sebalik
Ungkapan “Tak ada apa-apa”.

"Eh, kisah apa pulak dah ni?", hati saya berbicara sendiri.

Saya lantas membuka file tersebut dan membacanya. Aduh, hati saya begitu terkesan
dengan kisah tersebut.

"Haaa, kisah ni memang perlu dikongsikan di blog PakarHowTo ni. Bagus untuk
peringatan bersama."

Maka, saya tanpa ragu-ragu lagi, ingin berkongsi dengan anda semua tentang kisah
yang sangat menarik tersebut. Semoga ianya memberikan peringatan kepada kita semua.
Kasih ibu membawa ke syurga...

Baca dan ambillah iktibar dari kisah ini.



Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan
runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu
pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor.
Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu
dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat
silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah
yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat
saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya
lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya
balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah
buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" Tak ada apa-apa. Mama restu dengan
apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya
lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam
itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya
dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang
berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat,
"Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati
mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau." Airmata sudah
membasahi pipi. Tak ada apa-apa?"Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu
tuaseakan mahu bersuaratapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mam asusah nak lupakandan sesakali
ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh
pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat
dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu
inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu
sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita,
Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan
menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk
perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan
pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang
dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak
sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati
yang penuh terp
 aksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau
mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya
Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya,
terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri.
Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama
harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama
terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya
seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur
kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin
dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli
keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia
sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut
menceritakan penga
 lamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa
yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia
dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit
oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan
telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program
memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung.
Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih
banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah
nasib saya." Suara ellaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya.
Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi
ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan
khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu
kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan
yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selam ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu
yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang
lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat
tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak
kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata
'órang tua bodoh. Tak ada otak'" Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya
membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar
itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat.
Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya
seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda
menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta
ker? Seluar nih m
 ahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik
ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa'
yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang
menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan
kesejahteraan hidup kita.  Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."... dan
hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan
perkataannya." An-Nisa':36

P/s- Saya tidak tahu sumber asal artikel ini. Sesiapa yang tahu, sila maklumkan
kepada saya supaya saya dapat 'kredit' kan sumbernya di sini. TQ

Saya ingin menyeru sekali lagi kepada anda semua. Marilah kita sama-sama merenung
dan berfikir sejenak. Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu,
ummi, mama, mum atau mak kita???

Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara
dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga
menyebabkan air mata ibu kita mengalir??

Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa "REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada
REDHA IBU BAPA kita kepada kita".



Kalau mak ayah kita terasa hati, kecewa dan tidak redha dengan kita, bagaimana
mungkin kita boleh selamat di akhirat nanti? Jangan kata akhirat, di dunia ini lagi
hidup kita tidak akan mendapat keberkatan.

Jadi, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Kalau kita ada buat salah, bersikap
kurang ajar atau menyakiti hati orang tua kita, bersegeralah memohon ampun maaf dari
mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan.

Marilah kita ubah sikap, tingkah laku dan perangai buruk kita mulai dari sekarang.
Marilah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh, menghormati, dan beradab sopan
apabila berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Sentiasa lah patuh pada mereka, merendah
diri dan melayani mereka dengan sebaik mungkin.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Kepada yang sudah kehilangan ibu dan ayah, panjatkanlah doa buat mereka. Minta pada
Allah supaya mengampunkan dosa dan merahmati mereka. Sesungguhnya doa anak-anak yang
soleh, akan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan pahala bagi amalan ini
dapat membantu ibu bapa kita di alam sana insyaAllah.

1 yang juga Bersungguh2:

fikaryna said...

insaf..dan terasa sbb kita mmg x perasan kalau telah melukakan hati org tua..