Wednesday, May 26, 2010

Hadiah Untuk Eriem


Warkah hari lahir buat adik MUHAMMAD ERIEM SHAKIEMI BIN MOHD ZUL-WAQAR

jika tiga tahun yang lalu 

dirimu masih tidak mengerti sesuatu

hanya tangisan memberi sendu

kerana kamu dahagakan susu

jika tiga tahun yang lalu

kerdip matamu membawa seribu erti

mengejutkan ibu dari mimpi

namun ibu belum memahami

apa hendakmu wahai bayi

tiga tahun yang lalu

ibu mash kekok dan kaku

untuk menyiapkan keperluanmu

seadanya ibu berusaha memahamimu 

ALHAMDULILLAH


dgn rahmat Tuhan dari tiga tahun yang lalu

HARI INI ibu gembira melihat perkembanganmu

membesar dgn air susu ibu

aktif dan cerdas dgn kasih sayang ayah dan ibu

kasih yang tiada sempadan

sayang yang tiada kompromi

walau awal pagi.. ibu masih sedia memberi khidmat kepadamu

kerna kau kesayangan ayah dan ibu

untuk selama2nya

bayi yang kecil dahulu

kini sudah pandai berkata2

pandai berjalan ke mana-mana

pandai meminta itu dan ini

ibu dan ayah turutkan segala

tanpa bayaran

tanpa caj tambahan

cuma  pinta ibu

"jagalah kami di hari tua

taatkan perintah ALlah

jadi anak yang soleh

bukan mewah dipinta 

bukan harta di damba

namun akhlak yang terpuji menjadi pengikat kita di syurga

insha Allah"


Selamat Hari Lahir Eriem


1 yang juga Bersungguh2:

IbuEriem said...

thnx coz sudi join contest ni..ibueriem br sempat nak terjah!! semoga bjaya!!