Monday, May 31, 2010

Tak Tahu Nak Kata

Kejam yang sangat kejam

macam2 jadi
anak yg dilahirkan tu tak berdosa
kalau dah berzina ..mtk ampun dgn Tuhan
Jangan tambahkan lagi dosa yg ada
 Yang kawin ni susah nye nak dpt bb
Yang tak kawin tu buang2 pulak anak

KES 1
MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemui ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab di belakang Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), petang kelmarin.

Difahamkan, bayi terbabit ditinggalkan agak lama sebelum ditemui oleh seorang orang awam berusia 40-an kira-kira jam 4.30 petang yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk melawat ahli keluarganya sebelum dia menghubungi pihak polis.
Sumber berkata, bayi terbabit ditemui dibalut dengan sehelai kain batik dan diletakkan di dalam sebuah beg berwarna merah bertulis ‘Parkson’ yang turut dilapik dengan tilam nipis.

“Bayi terbabit kemudiannya dibawa polis yang bertugas di pondok hospital ke Jabatan Kecemasan untuk pemeriksaan kesihatan. Bayi terbabit sudah tidak mempunyai tali pusat dan selamat serta keadaannya adalah sihat,” katanya.

Sumber berkata, bayi berkenaan kini diletakkan dalam pengawasan pihak hospital bagi memastikan keadaan kesihatannya benar-benar terjamin sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan selanjutnya.


-- macam mana leh ko tergamak tinggal anak dlm beg parkson??? ko rasa seronok je tinggal2 mana2 ko nak?


KES 2

Pada 18 Mei lalu, akhbar ini melaporkan satu pasangan remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dan menanam mayat seorang bayi lelaki di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam pada 12 Mei lalu.

Ibu bayi itu, seorang pelajar berusia 15 tahun, dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, di sini, dituduh bersama-sama melakukan kesalahan itu antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.

 sian kat budak tu..apa yg dia rasa waktu nak mati tu.. 15 tahun tu form 3 kan? cukup dewasa dah nak wt mende2 tak senonoh ni..kalau kta dulu kecik lagi rasa form 3 tu.. nk bercinta pun malu2
KES 3
KULAIJAYA: “Kali pertama melihat wajah bayi di dalam kotak susu itu, saya mahu menyelamatkannya malah sepanjang perjalanan ke hospital, saya tidak putus mendoakan bayi yang masih bertali pusat itu panjang umur dan dapat diselamatkan.

“Bagaimanapun, saya terkilan apabila tepat azan Subuh dilaungkan bilal surau hospital, doktor mengesahkan bayi perempuan malang itu sudah menghembuskan nafas terakhirnya walaupun pelbagai usaha dilakukan pasukan perubatan,” kata Zulkifli Samsi, 40, bapa kepada tiga anak menceritakan detik cemas cubaannya menyelamatkan bayi perempuan yang ditemuinya di dalam kotak susu di sebuah hentian bas depan Sekolah Menengah Munsyi Addullah, di sini, jam 4.50 pagi semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia secara kebetulan melalui jalan berkenaan untuk minum di gerai berhampiran sementara menunggu azan Subuh sebelum berjemaah di surau berhampiran.
Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba berhenti di kawasan berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum memecut laju.

“Dalam keadaan samar-samar, saya dapat melihat kelibat manusia keluar daripada kereta terbabit sambil membawa sesuatu, dengan kelam-kabut dia terus meletakkan objek di hentian bas sebelum memecut laju ke arah Johor Bahru.

“Sifat ingin tahu menyebabkan saya berhenti dan mendapati sebuah kotak ditinggalkan di situ. Saya kemudian mengambil sebatang kayu untuk membuka kotak susu berkenaan sebelum terpandang wajah bayi yang diam membisu di balut menggunakan kain.

“Naluri kebapaan menyebabkan saya tidak berfikir panjang dan terus mengambil kotak berisi bayi itu dan masuk ke dalam kereta menuju ke Hospital Kulai (HK),” katanya.

“Ketika bayi itu dirawat, saya dapat melihat jarinya bergerak sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya menjalankan siasatan berhubung penemuan bayi itu. “Hasil siasatan awal bayi perempuan itu dipercayai berketurunan Melayu dan kami percaya dia dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

“Ketika dirawat tali pusatnya masih lengkap dia hanya dibalut menggunakan kain tanpa baju serta ditinggalkan dalam kotak berkenaan.

-- sian bb ni.. mcm mana la dia tahan sejuk... dn mcm mana la dia rasa sakit dn tak leh nak bgtau rasa sakit dia ty..sedihnye dgn manusia akhir zaman ni


pihak berwajib..plz do something..bende ni bukan baru..dah lama.. guna la hukum Tuhan.. Allah dah tetapkan cantik dah.. knape kt tak nak ikut????

2 yang juga Bersungguh2:

Ain said...

sekarang ni makin banyak kes buang bayi kan....

sedih dengan fenomena yang tak terkawal nie....

budak2 zaman sekarang dah takde segan silu nak buat maksiat dan sikit pun tak takut dengan dosa sebagai pembunuh....

mama zharfan said...

dunia akhir zaman..