Sunday, November 7, 2010

4th Anniversary Giveaway



4 tahun melayari bahtera
berbekalkan sabar dan kerjasama
pelbagai cabaran diharungi berdua
 matangkan diri menempuh ranjau dunia

17 november 2006 sejarah tercipta
dirai diarak bagaikan puteri raja
termetrai sudah janji setia
sehidup semati hingga akhir usia

 kelahiran cahaya mata dinanti sekeluarga
Meor Imran Hariz hadir menggamat suasana
putera sulung harapan keluarga
pelbagai aksi pelbagai gaya
seawal usia sudah mula membaca
pasti sejuk ayu melihatnya
insha Allah menjadi mujahid dunia
pembela islam itulah pastinya!

Si adik pula comel tak terkata
Meor Imran Daniel diberi nama
bermata bundar ceria orangnya
seronok melihat mereka bermain bersama

tanda sayang abang kepada adiknya
biarpun bukan dgn ciuman sentiasa
namun jauh di sudut hati abanglah wiranya
menjaga adik bila tiba masanya
khasiat susu ibu ayu tekankan
semaksimum usia cuba dipraktikkan
kebaikannya banyak tidak dinafikan
TAHNIAH AYU anin ucapkan
semoga terus dengan penyusuan
anak sihat tertidur kekenyangan
ibu melihat tersenyum  kegembiraan
mmberi yang terbaik itu yang diharapkan

Ya ALlah..
moga kebahagiaan dikekalkan sentiasa
di sisi ayu serta famili tercinta
imbas kembali detik diijab kabulkan berdua
tika si dara menjadi renungan si teruna
saat itu cinta bersemi di jiwa
dan moga ianya mekar hingga ke syurga
di bawah rahmat dan kasih sayang yang Esa


hingga ketemu dilain masa
salam ukhuwwah ;)
anin



Tarikh Tutup:
17.11.2010, 12.00 AM

2 yang juga Bersungguh2:

ayu said...

salam perkenalan dari ayu..

terpesona ayu membaca entri ini..

terima kasih diatas ucapan tersebut ye..

ayu ambil link ni..

all the best..^_^

Ena said...

SALAM..

GD LUCK!